Monday 23 January 2012

Pengenalan Syarikat 

Pusat Hemodialisis Sinona Sdn. Bhd. telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965, Seksyen 54(1), Company No: 850025-U pada 17 Mac 2009 dengan modal berbayar RM 1,000,000.00. Syarikat ini 100% milik  bumiputera.

Lokasi

No. 2332, Taman Sinar, Nibong Tebal Seberang Perai Selatan 14300, Pulau Pinang.

Lembaga Pengarah

1) Pengarah Urusan =Puan  Hajjah Ainun binti Arshad
2) Pengarah = Puan Sharifah Nur Aimi binti Sikh Ibrahim

Latar belakang Penubuhan

Objektif utama penubuhan syarikat ini pada asasnya berdasarkan kepada keprihatinan serta kesedaran tanggungjawab sosial terhadap pesakit-pesakit yang mengalami masalah kesihatan, khususnya masalah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir, serta telah disahkan oleh Nephrologist untuk menjalani rawatan hemodialisis  
3 kali seminggu. 


Memandangkan komplikasi penyakit yang berbahaya ini bukan lagi menyerang penduduk di bandar-bandar, tambahan pula prasarana dan kemudahan kesihatan yang disediakan oleh pihak kerajaan  masih belum mencukupi untuk menampung keperluan pesakit- pesakit yang memerlukan perkhidmatan rawatan dialisis yang  kian bertambah bilangannya saban tahun, maka disinilah bermulanya hasrat penubuhan Pusat Hemodialisis Sinona Sdn. Bhd.

LAWATI KAMI DI SINI.....